Saturday, October 1, 2011

Persediaan Dinar Untuk Mengambil Tempat Wang Kertas.

Banyak usaha memperkenalkan dinar dilakukan dan sesungguhnya sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kerana menjadi satu-satunya negara yang amat tekun dan istiqamah didalam meneruskan usaha menegakkan pemahaman mengenai dinar baik dari pihak Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, pertubuhan yang cintakan dinar mahupun orang perseorangan.

Isu dinar adalah satu isu yang amat besar, malah rumit serta sensitif kerana ia berkait rapat dengan maruah dan hukum-hakam agama dalam urusan muamalat islam. Seperti kita sedia maklum, dinar atau wang sunnah adalah tuntutan agama bagi umat Islam.
Kebelakangan ini, pelbagai pihak menganjurkan perbincangan, seminar dan persidangan ke arah penggunaan dinar sebagai matawang sejagat. Wang kertas adalah 'legal  tender' yang dijadikan sebagai alat pengukur ke atas nilaian sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti ekonomi.

Dinar dan Dirham dikatakan mata wang kalis inflasi dan menjadi instrumen penyimpan nilai terbaik bagi melindungi kejatuhan nilai matawang yang mendadak kesan daripada serangan spekulator mahupun akibat peperangan. Persoalannya sekarang, sudah tibakah masanya dinar bertindak sebagai matawang bagi menggantikan wang kertas ke arah sistem yyang lebih adil dan bebas riba? Sebelum menjawab persoalan tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami terlebih dahulu.

Pertama, sistem kewangan dunia hari ini adalah satu sistem ekonomi kapitalis berorientasikan 'wang kertas' yang saling berhubung dengan dasar sistem rantaian ekonomi, kewangan dan kepercayaan masyarakat dunia.Maka secara logiknya,jika dinar ingin diguna pakai pada hari ini, kita perlu memastikan ia juga mampu meleraikan diri kita daripada cengkaman sistem kapitalis ke arah sistem rantaian ekonomi yang berteraskan sistem ekonomi islam, kewangan islam yang disokong oleh kepercayaan masyarakat dunia sejagat dari sudut keberkesanannyya didalam memelihara kehendak Maqasid Al-Syariah.

Kedua, isu dinar tidak wajar diperkotak-katikkan sehingga terdapat segelintir pihak tertentu dilihat menjadikannya sebagai propaganda politik di dalam usaha meraih sokongan dan keyakinan para penyokong. Sekiranya ini berlaku, maka usaha menjadikan dinar sebagai matawang pasti akan menemui jalan buntu kerana tuntutan agamatelah dipolitikkan. Adalah menyedihkan didalam usaha menegakkan kehendak sunnah, tuntutan politik menyebabkan kita tersimpang jauh dari landasan utama didalam memelihara kehendak Maqasid Al-Syariah.

Ketiga, kenapa kita saling merujuk kepada dinar emas dan bukannya dinar? Perkataan dinar itu sendiri merujuk kepada wang emas. Maka apabila kita menggunakan perkataan dinar emas, kita sebenarnya menggunakan perkataan yang mempunyai makna berulang. Oleh itu, eloklah jika penggunaan perkataan emas pada penghujung perkataan dinar tidak digunakan kerana kedua-duanyya mempunyai makna yang sama. Malahan, kebanyakan hadis-hadis yang menerangkan isu tuntutan sunnah ini hanya merujuk kepada dinar dan bukannya dinar emas.
Abu Bkar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah dinar dan dirham." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More