Kelantan The Land Of Dinar And Dirham

The historic launch of the Shariah Currency -- Gold Dinar and Silver Dirham -- on the 2nd Ramadan 1431H or 12th August 2010 by the Kelantan Goverment. On that day people of Kelantan embraced the Sunna Money by free choice. The introduction of bi-metallic currency in this north-east Malaysian state, was a resounding success as it proved once again when the people are given freedom to choose their money they choose gold and silver. Fragments of the launching ceremony are in the middle segment.

How Far Can Gold and Silver Climb?

After the Fall: How Far Can Gold and Silver Climb?.

White Paper on the Gold Dinar The Road Map of Implementation

The reintroduction of the Shariah currency to achieve full functionality as it was in the past. Particularly important is the restoration of the payment of zakat with the Shariah currency.

Kelantan Silver Dirham of 5 denominations

The dirhams are minted in accordance with the international standard which is set by World Islamic Trade Organization (WITO) and monitored by World Islamic Mint (WIM)

Kelantan Gold Dinar of 5 denominations

The Kelantan dinars are minted in accordance with the international standard which is set by World Islamic Trade Organization (WITO) and monitored by World Islamic Mint (WIM)

Wednesday, October 26, 2011

Sejarah Mata Wang Islam Di Tanah Melayu

Kedatangan Islam ke nusantara membawa seribu satu perubahan dan keindahann bersamanya. Walaupun terdapat pelbagai teori mengenai tempat pertama dan bila Islam sampai ke dunia Melayu, yang pasti ia membawa kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat Islam di wilayah ini yang rata-ratanya dihuni oleh orang Melayu.

 

Salah satu perubahan yang besar yang boleh dilihat adalah mengeluaran duit oleh kerajaan Islam tempatan.  Kerajaan dipelopori oleh Kesultanan Melayu yang beragama Islam samada disumatera, jawa dan semenanjung tanah Melayu juga mengambil langkah yang sama dengan menempa duit kerajaan sendiri seperti yang dilakukan oleh kerajaan Islam di kawasan lain.

 

Mata wang penting kerana kedudukan tanah Melayu yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa bagi pedagang asing terutamanya dari timur tengah, Gujerat dan Cina. Logam yang menjadi bahan utama dalam membuatan duit seperti emas, Perak dan timah adalah merupakan sumber asli yang banyak terdapat di dunia Melayu pada waktu itu.

 

Rekaan mata wang yang dihasilkan oleh pemerintah Islam di dunia Melayu mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan mata wang yang dihasilkan di Timur Tengah tetapi mempunyai sedikit persamaan dengan kerajaan Islam yang paling hampir dengan Asia Tenggara iaitu kerajaan Islam di India.

 

Ciri-ciri mata wang di dunia Melayu adalah seperti berikut :


Ciri pertama, adalah bahasa yang digunakan di atas duit yang dikeluarkan. Hampir kesemua mata wang dunia Melayu menggunakan bahasa Arab dan tulisan Arab, walaupun dunia Melayu mempunyai bahasa Melayu dan tulisan jawa. Ini secara tidak langsung menunjukkan kedudukan bahasa Arab yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu.

 

Ciri kedua, adalah gelaran raja. Kebanyakan mata wang Islam dunia Melayu mempamerkan nama gelaran pemerintah Islam dalam bahasa Arab seperti Al-Adil, Malik Al-Adil, Nasir Al-Dunia Wa'i-Din, Al-Sultan Al-Adil dan Khalifal Al-mukmin. Gelaran-gelaran ini digunakan bagi menggantikan mana raja atau sebagai tambahan kepada nama raja atau ratu yang memerintah yang terdapat di atas duit tersebut ketika itu.


Ciri ketiga adalah tahun dan nama tempat ia dikeluarkan. Ciri ini tidak kelihatan bagi mata wang yang dikeluarkan pada abad ke-15 hingga 18 masihi tetapi mula kelihatan dalam abad ke -19 masihi. Antara mata wang yang mempunyai tahun dan tempat ia dikeluarkan adalah mata wang yang dikeluarkan dari Kedah dan Kelantan.


Dari segi reka bentuk mata wang pula, dunia Melayu mempunyai bentuk mata wang yang pelbagai dan menarik. Antara bentuk yang sering digunakan adalah bulat dan segi enam. Duit yang berbentuk segi enam pernah dikeluarkan oleh kerajaan Melayu seperti Kedah dan Johor.


Bagi bentuk bulat pula terdapat dua pecahan rekaan iaitu yang mempunyai lubang di bahagian tengah dan yang disusun dalam bentuk sebatang pokok. Duit berbentuk bulat dan mempunyai lubang di bahagian tengah telah dikeluarkan oleh kerajaan kelantan, Patani dan Kedah. Reka bentuk ini dikatakan diadaptasi daripada mata wang yang dibawa dari China oleh pedagang China.


Bagaimanapun, mata wang yang dihasilkan di China mempunyai lubang berbentuk segi empat di bahagian tengah manakala di dunia melayu lubangnya berbentuk bulat. Rekaan ini adalah bagi memudahkan duit tersebut diikat bersama menggunakan tali dalam jumlah tertentu.


Bagi duit yang disusun dalam bentuk sebatang pokok ia diberi nama ‘pokok duit’. Pokok duit diperbuat daripada logam timah dan dikeluarkan oleh Kerajaan Kelantan dalam abad ke-18 Masihi. Ia boleh ditempa semula selepas duit berbentuk bulat yang dijadikan ‘daun’ atau ‘buah’ telah habis dipatahkan dan digunakan. Pada sebatang pokok duit terdapat lima belas ranting yang mempunyai sehelai ‘daun’ atau sebiji ‘buah’ pada setiap satunya.


Mata wang di semenanjung Tanah melayu terus mengalami perubahan dari satu abad ke abad yang seterusnya. Ketika di bawah pengaruh British, mata wang semenanjung Tanah melayu mula menggunakan angka rumi dan tulisan jawi.


Tulisan jawi masih lagi kelihatan di atas wang kertas yang digunakan pada hari ini tetapi bahasa arab telah terhenti penggunaannya sejak abad ke-20 masihi kerana wang dunia melayu telah mula dikeluarkan secara seragam selari dengan membentukan Malaysia.

Gold:The Real Reason for NATO Attacking Libya

Sunday, October 23, 2011

Aku Bersimpuh di Pintu Baitullah

Kaki ku di kedah

Tanganku di serambi mekah

Mukaku di pintu Kaabah

Dahiku mencecah rawdah

Hatiku dekat dengan Gazzah

Ruhku Milik DIA ALLAH…hidup Dinar Dirham dengan Kalimah Allah….

disebaliknya Kerajaan Negeri Cik Siti yang ramah…membawa misi dia Tuan Guru Nik Aziz yang doa hatinya sangat merendah….. diiringi senyuman Sultan Muhammad KELIMA….penuh bahagia untuk UMMAT MUHAMMAD tercinta…di atas sulaman ALLAHuALLAH….T.A.MAT

Tuesday, October 18, 2011

Berita Harakah: Kelantan pinda enakmen emas

KOTA BHARU, 17 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan akan meminda Enakmen Kewangan Kelantan 1995 bagi membolehkan negeri itu membeli, menyimpan serta melabur emas dan perak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pindaan itu akan dibuat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula minggu ini.

“Dengan adanya pindaan ini ia bertujuan mengizinkan Kerajaan Negeri membeli, menyimpan dan melabur logam-logam berharga seperti emas, perak dan lain-lain supaya mata wang ini diguna pakai di Kelantan dan tidak bergantung kepada mata wang kertas yang semakin lemah nilainya," lapor Sinar harian.

Beliau berkat demikian pada sidang media selepas Forum Rakyat di sini, kelmarin.

Beliau memberi contoh negeri Utah di Amerika Syarikat sudah membuat undang-undang seperti ini peringkat negeri itu yang membolehkan mata wang jenis ini diterima kembali.

"Begitu juga Singapura juga sudah melaksanakannya sejak tahun 1965 lagi,” tambahnya.

Menurutnya lagi, Kelantan mahu menjadi perintis memperkenalkan enakmen itu di Malaysia dan menegaskan ia bidang kuasa Kerajaan Negeri dan tidak perlu kelulusan Kerajaan Pusat.

Negara-negara lain juga mengambil pendekatan sama seperti China yang mengalihkan polisi mereka apabila menyedari US Dollar lemah lalu menetapkan 10 peratus simpanan antarabangsa mereka dalam bentuk jongkong emas.

Katanya, langkah itu turut diikuti India dan Korea Selatan tetapi apa yang menghairankan Malaysia masih lagi tidak melakukan sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu.

Husam berkata, lazimnya masyarakat Islam diminta membahagikan simpanan mereka mengikut portfolio yang merangkumi emas, perak, mata wang kertas dan sebagainya.

“Bagaimanapun dalam negara kita sekarang ringgit disimpan dalam mata wang kertas terutama sekali US Dollar dan juga Euro. Dalam sejarah mata wang Islam terdapat dinar, dirham dan fulus.

“Fulus boleh menjadi ringgit Malaysia. Setiap mata wang memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing tetapi apabila ada tiga kombinasi itu ia menjadi kuat,” katanya.

Menurutnya, sebagai komoditi harga emas akan naik dan turun, apabila harga emas turun, fulus boleh berperanan tetapi apabila harga emas naik, dinar pula sebagai ganti.

Dengan cara itu, katanya, kekayaan yang dimiliki dapat diselamatkan kerana kombinasi mata wang jenis itu diguna pakai.

Sumber: Harakah Daily.

Monday, October 17, 2011

Dinar Economy

61816_159076050770322_100000037844057_499455_960152_n

Wednesday, October 12, 2011

Utusan Malaysia : dinar dirham.

Banyak orang mengetahui mengenai dinar emas tetapi berapa ramai pula yang yakin kewujudannya sebagai satu lagi alternatif pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang baik.

Selain bebas daripada unsur-unsur riba, dinar emas ternyata mampu dijadikan instrumen pelaburan terbaik, berdasarkan sifat emas itu sendiri sebagai satu komoditi yang amat bernilai dan boleh didagangkan di seluruh dunia.

Di Malaysia, dinar emas wujud dan ia adalah satu instrumen pelaburan yang sah dan mampu memberikan pulangan yang baik selain kaedah urus niaga atau pelaburan lain.

Menurut Pengarah Urusan KPMJ Gold Sdn. Bhd. Ariff Kassim, mungkin kerana pelaburan atau urus niaga menggunakan dinar emas ini masih baru di negara ini, menyebabkan ramai yang kurang berpengetahuan mengenainya.

“Ia (pelaburan dan urus niaga menggunakan dinar emas) sebenarnya telah bermula di Malaysia dan pulangan kepada mereka yang menyertainya amat kompetitif.

“Sebagai contoh… enam bulan lepas, satu dinar emas dijual pada harga RM212 dan harga semasa bagi satu dinar ialah RM243. Bayangkan keuntungannya,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu pertemuan di pejabatnya di Johor Bahru baru-baru ini.

KPMJ Gold ialah anak syarikat Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor yang dilantik sebagai wakala (ejen) IGD Practice Sdn. Bhd. untuk mengembangkan penggunaan dinar emas dalam masyarakat di Johor dan Singapura.

Satu dinar ialah bersamaan 4.25 gram emas 916 dan piawaian ini ditetapkan oleh Sayidina Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah Islam yang kedua.

Pada masa ini, dinar emas dijual dalam pecahan setengah dinar, satu dinar, dua dinar dan 20 dinar mengikut harga emas di pasaran semasa.

Menurut Ariff, melabur atau membuat urus niaga dengan dinar menepati keperluan syariah dalam usaha mewujudkan satu sistem ekonomi tanpa riba.

“Jika kita beli saham, kita sebenarnya membeli `kertas’ dengan nilai tertentu berbanding membeli dinar, kita sebenarnya membeli emas yang sebenar,” katanya.

Di Malaysia, tambah beliau, memang ada pelbagai kaedah pelaburan dan dinar emas adalah satu daripada instrumen pelaburan yang seharusnya dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Jika sebelum ini ramai yang membuka akaun simpanan tetap, akaun simpanan atau melabur di mana-mana saham amanah, kini mengapa tidak mencuba melabur melalui dinar emas sebagai satu lagi opsyen, tanya beliau.

“Infrastruktur untuk menjalankan urus niaga dinar emas kini telah wujud dan mengapa ia tidak dimanfaatkan kerana terbukti ia memberi pulangan yang baik kepada pelaburan yang dibuat,” jelas beliau.

Sejak lima tahun lalu, katanya, harga emas di pasaran antarabangsa telah meningkat 49 peratus.

Mengenai kaedah urus niaga dan pelaburan yang dikendalikan oleh KPMJ Gold, beliau menjelaskan, mereka yang melabur boleh membeli dinar emas pada harga semasa dan menjualnya semula apabila berpendapat telah meraih keuntungan.

“Emas (dinar) yang dibeli boleh dibawa balik untuk dijadikan simpanan peribadi atau membuka akaun dan menyimpannya dengan KPMJ Gold.

“Akaun dengan kami boleh diakses 24 jam sehari melalui Internet dan kami tidak mengenakan sebarang kos tambahan untuk menyimpan dengan selamat dinar emas para pelanggan,” jelas beliau.

Selain pelaburan berbentuk simpanan itu, Ariff berkata, dinar emas itu juga boleh dilaburkan di bawah skim Qiradh – satu skim pelaburan Islam yang berasaskan konsep al-mudharabah.

Qiradh menawarkan pulangan antara lapan hingga 11 peratus setahun – berdasarkan nilai dinar emas ketika pelaburan dibuat dan jumlah dinar yang dilaburkan.

Keuntungan yang diperoleh dibayar secara bulanan, mulai bulan pertama tanpa perlu menunggu tempoh matang (setahun).

Sejak KPMJ Gold dilantik menjadi wakala Februari lalu, katanya, sambutan terhadap pelaburan menggunakan dinar emas ini menggalakkan.

Bagaimanapun, banyak lagi yang akan dilakukan untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai peluang meraih pulangan melalui dinar emas.

“Kita menyasarkan untuk mencatatkan perolehan lebih RM20 juta dalam tahun pertama operasi dan berharap lebih banyak yang mengetahui manfaat melabur dalam dinar emas akan berurusan dengan kami,” katanya.

Mereka yang berminat bagaimanapun perlu benar-benar memahami kaedah pelaburan dan pengiraan keuntungan pelaburan dibuat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum membuat sebarang komitmen.- 19/04/2005-Arkib Utusan Malaysia Oleh Zaharuddin Md Ali (Wartawan Utusan)

Apa Itu Dinar & Dirham Kelantan ?

Apakah itu Dinar Kelantan?
Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.
Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengan corak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.
dinaremasperakkel
Apakah itu Dirham Kelantan?
Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing.
Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.
Dimanakah boleh diperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut.
Dimanakah Dinar danDirham Kelantan boleh dibelanjakan?
Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo “Kami Terima Dinar dan Dirham”.
Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.
Benarkah perkataan Dinar & Dirham ada di dalam Al Quran?
Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:
Surah Imran (3):75 yang bermaksud “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi”, dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”;
Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi “Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya.”
Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar danDirham?
Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham. Lihat sini
Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?
Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.
Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja’d Al-Bariqi, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakannya: “Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga” (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))
Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.
Abu Salamah menceritakan, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, “Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?” Aisyah menjawab, “Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy.” Lalu Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?” Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Empat puluh dirham.” Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? “Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Dua puluh dirham.” – (HR. Muslim).
Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.
Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?
Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: “Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu.” (An-Nisa (3):59)
Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu’ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.
Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.
Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g, 1 Dinar Kelantan pula 4.25g.
Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.
Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?
Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang. Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat merupakan nota janji kerajaan. Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja. Dinar Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual.
Dinar Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?
Sandaran kepada “wang kertas BNM” atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk Bank Negara Malaysia
Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan?
Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu Dinar, Satu Ummah.
Sumber.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More